kelahiran anak melanau

seorang gadis kampung

Ahad, 11 Mac 2012

-KOIZORA-

Aku dongak,
Sendiri aku senyum.

Langit terang hari cerah,
Gembira katanya,
Langit mendung dan hari hujan,
Sedih dan mungkin 'not in mood',
Hari senja langit kekuningan,
Katanya malu juga segan,
Dan langit gelap hari malam,
Ku rasakan diriku di sisimu erat dalam dakapanmu.

Keep Smiling!

-Koizora Niqeesya-

Ahad, 4 Mac 2012

Mac itu March

sedang enak aku berasmara dengan 'assignment'
silau telefon bimbit memanggil mata,
akal terasa terang nama terpampang,
selerakan rasa gumbira ke sana ke mari,

penuh kenangan!

Jumaat, 24 Februari 2012

Penghulu Segala Hari

Sana dan situ anak Adam,
Aku lihat, tunduk,
Kemudian aku senyum,

' hari ni pakai baju melayu..........'

Itu dulu,
Sekarang pun masih dulu,
Kerna aku tetap suka,
Suka akan harinya Jumaat.

Khamis, 23 Februari 2012

memang aku lalai.

maaf,
maaf aku lalai seketika,
lalai dengan sifat laki-lakinya kamu,
maaf juga kerna aku telah terjerumus,

dan sekarang,
ingin ku tampal segala yang sudah-sudah,
tampalkan dengan plaster yang utuh,
kalis dari segalanya.
insyaAllah!

Selasa, 21 Februari 2012

kerna aku anaknya Meliki

aku..
siapa aku?
aku siapa?
jawab!
mengapa tak jawab?
jawablah!
hey!

sebelum tu,
aku nak tanya,

kau tanya siapa?
kau ajukan soalan pada siapa?
jawab!
mengapa tak jawab?
jawablah!
hey!

aku tanya kaulah!
siapa kau tu?
kaulah!

kaulah?
apa maksudnya?

Isnin, 6 Februari 2012

LAIN DAN GANJIL

Allahuakhbar....Allahuakhbar...-azan zohor-
Bodoh! asal aku tak sedar tido ah?
*dah memang pasti kau takkan sedar matahari dah tegak sebab kau tido pukul brapa? *

" Sah, nie ada member mintak tolong format n install ape yang patut kt lappy diorang"
Secebis nota kecil dipaparkan di atas meja belajarnya Esah.

-Esah menggaru-garu kepala yang tak gatal-

Esah buka dua-dua laptop yang entah siapa empunyanya,
Eh! ada roti john. *makan je la trus. air liur basi kan awet muda*
Sambil bibir,gigi dan lidah Esah bermain-main dengan rezeki yang di humban ke dalam mulut.

Esah langsung tahu setelah monitor kedua-dua laptop di hadapannya terpampang 'windows 7''
alah, agak dah masalah nie jugak yang jadi- monolog Esah-
 kalau nak pakai laptop tu tak perlu la nak cabut battery dan use direct current.
sayang battery lebih dari laptop bagus BUANG!! -bebel Esah sendirian.

Esah mengelamun sejenak...
asal dengan aku arinie ahh. bangun2 je dh nak melenting.
Lain, ganjil.
ya, memang itu yang Esah rasakan.
kedengaran bunyi tombol pintu bilik Esah di buka.
"eh Bunga. awal betol balik"
-Bunga hanya membalas dengan senyuman.
" asal tak balik esok" - tanya Esah lagi
" kau kenapa Sah? kan esok dah mula kelas"

Dan sungguh!! Aku memang rasa aku lain dan ganjil hari ni.

Ahad, 5 Februari 2012

TAK PAYAH.

tak payah kau kata kau mahu,
tak payah kau bilang kau nak,
tak payah juga kau kata kau rindu,

kerna...

payah untuk aku percaya,
payah untuk aku berdusta,
dan payah juga untuk aku kata aku tak rindu,aku tak mahu,dan aku taknak.